Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Swt, Tuhan yang Maha Esa. Yang telah memberi sesuatu atas rahmat-nya. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri saya. Saya Salahuddin Bin Ja'afar Sidik berasal dari Taman Ehsan, Kepong, Kuala Lumpur. Pada Tahun 2013 saya mendirikan sebuah Pusat Rawatan dengan berkat serta dorongan dari Tuan Guru saya. Terilhamlah Pusat Rawatan Nur Mahabbah Spiritual Development Center yang beroperasi di Taman Ehsan Kepong, Kuala Lumpur. Pelbagai Rawatan yang telah pihak kami sedia untuk anda semua yang mengalami pelbagai masalah. In shaa Allah kami akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi. Rawatan yang dijalankan disini mengunakan Rawatan Ruqyah Syar'iyyah.
Disini juga saya akan menceritakan juga sejarah pendidikan saya pada Tahun 1986-1992 saya telah mendapat pendidikan dari Sek. Rendah Islam Al-Amim. Pada Tahun 1993-1998 saya menyambung pendidikan saya di Madrasah Al-Attas Al-Arabiyyah, Johor. Kerana kesempitan uang jadi saya tidak melanjutkan pelajaran saya ke Jordan mahu pun Mesir. Sy menyambung pendidikan saya di Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Di Kuala Lumpur. Itulah serba sedikit tentang pendidikan yang saya perolehi.
Pada Tahun 2005-2013, Saya telah berpindah ke kuantan serta membuka sebuah perniagaan disana. Akhirnya pada 2013 saya mengambil keputusan untuk membuka Pusat Rawatan NUR MAHABBAH SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTER. Atas dorongan serta bimbingan dari Tuan Guru saya.
Alhamdulillah. Dengan izin dan redha serta rahmat Dari Allah Swt. Sepanjang tertubuhnya Pusat Rawatan NUR MAHABBAH SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTER ini. Telah ramai pesakit yang telah mendapat rawatan di Pusat Rawatan ini telah berjaya disembuhkan dengan izin dan redha serta rahmat dari Allah Swt.
Tuan Guru yang menjadi tunjang dalam tertubuhnya Pusat Rawatan NUR MAHABBAH SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTER ini adalah Tuan Guru Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi. Semoga Allah Swt memberi barokah kepada beliau kerana memberikan sumbangan idea n dorongan serta bimbingan kepada saya untuk membuka Pusat Rawatan ini. Jasa baik serta Pengorbanan beliau hanya Allah Swt yang mampu membalasnya.
No comments:
Post a Comment